::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Thursday, May 28, 2009

KURSUS BESTARI 2009

Kursus Bestari akan diadakan pada 28 Mei 2009 pada pukul 2.45 petang.Semua guru diminta membawa laptop dan kabel bagi tujuan tersebut.Guru akan didedahkan dengan elemen bestari,net meeting dan pembinaan blog.

Tuesday, May 26, 2009

Bahan Untuk Folio K.Tempatan Tahun 5

Perhatian kepada murid tahun 5.anda boleh melihat bahan-bahan dan sumber bagi menyiapkan tugasan anda.Boleh klik pada pautan pelajar

Monday, May 25, 2009

Selamat Hari Jadi


Warga guru SK Batu 3 mengucapkan selamat hari lahir kepada tuan guru besar En Roslan Bin Ishak yang ke 56 .Semoga panjang umur dimurahkan rezeki.

Saturday, May 23, 2009

Pemberitahuan

Pada ruangan "Pautan Untuk Pendidik" telah disediakan beberapa kemudahan link web bagi memudahkan guru membuat rujukan dan untuk membina bahan P&P .Sila klik pada link yang disediakan untuk kemudahan warga SKB3.Jangan biarkan link tersebut sepi tanpa disentuh.Jadi apa tunggu lagi,mulakan langkah anda.

Friday, May 22, 2009

Kursus LDP 22 mei 2009

Kursus aplikasi agc telah selamat diadakan pada tarikh di atas.Diharapkan agar semua guru skbt3 dapat mengaplikasikannya untuk menceriakan dan mempelbagaikan bbm di dalam kelas.Kursus selama 3 jam tidak mencukupi utk menghabiskan keseluruhan aplikasi.Sebarang pertanyaan boleh berjumpa Pn.Norazlin atau En Affandi.

Gambar Sekolah






Gambar sekolah sekitar tahun 2009

Thursday, May 21, 2009

Muat turun

Perhatian:Di blog ini disediakan ruangan untuk muat turun apa sahaja termasuk mp3,fail word,pekeliling dan lain-lain lagi.Dari masa ke masa ia akan dikemaskinikan .

Ucapan Tahniah

Ucapan tahniah kepada dua orang guru yang telah lulus Ujian PTK 2009.Pn Faizah Bt Megat Fauzan dan Pn. Nor Azlin Abdul Rahim. Kepada yang belum berjaya anda ada 2 peluang lagi dan cuba dengan gigih lagi. Tak lupa juga tahniah kepada Ustaz Sabri yang akan mengerjakan Umrah pada cuti sekolah akan datang.Diucapkan semoga selamat pergi dan pulang .Jangan lupa doa guru-guru yang dikirim untuk dbacakan disana nanti.

Tuesday, May 19, 2009

LADAP (JUMAAT 22 MEI)

Jangan lupa kepada semua guru LDP akan diadakan seperti tarikh diatas .Aktiviti yang menarik iaitu cara-cara mengaplikasikan software American Greeting.Sila bawa notebook masing-masing dan wayar.

Pemberitahuan

Kepada guru-guru yang belum memberikan gambar format jpeg,sila berbuat demikian dengan segera.Kerana jika tiada, abang besar hanya menayangkan gambar yang tak berkenaan yang ada pada simpanannya.

Operasi Besar-Besaran Pembersihan Kolam.





Pembersihan kolam hijau kami telah dapat dilaksanakan walaupun telah sebulan tertangguh.Bila dah korek baru tau ada lubang besar duduk dalam.Itu pasal air selalu kering.Tima kasih kepada Guru Besar,Encik Saiful,Pak Cik Dali dan murid lelaki tahun 6b yang sudi membantu bagi menjayakan pembersihan tersebut.Esok akan dipaparkan gambar sebelum dan selepas projek.

Monday, May 18, 2009

Sekitar Sambutan Hari Guru 2009




Sambutan Hari Guru telah diadakan di dalam dewan sekolah .Beberapa acara telah berlangsung dengan jayanya.

Sunday, May 17, 2009

Jangan lupa pakai baju batik 18.5.2009

Ha kome, jangan lupa memakai baju batik.Tak kira le batik jawa ke,batik lepas ke atau batik sekolah.Jangan tak pake nanti kena sembah derhaka.

Friday, May 15, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU


Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SK Batu Tiga.Segala usaha yang dicurahkan kepada warga sekolah tidak dapat dibalas.Diharapkan agar semua guru di SK Batu 3 bersatu dan bekerja dengan gigih tanpa jemu-jemu bagi meningkatkan prestasi sekolah.Akhir kata "Sekolah Ku Periuk Nasiku".

Sejarah Sekolah 2

Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, pada tahun 1966 Pengarah Pelajaran Perak telah membenarkan sebuah sekolah cawangan dibuka kira-kira setengah kilometer dari sekolah induk. Menjelang tahun 1980 sebuah bangunan batu yang terdiri daripada 6 bilik darjah, sebuah pejabat , sebuah bilik guru dan kantin siap dibina dan digunakan hingga sekarang. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan tapak bangunan lama yang telah dirobohkan.

Menjelang tahun 1998 sebuah bangunan 3 bilik darjah yang didirikan di tapak bangunan lama. Bilik darjah digunakan untuk bilik guru ,Tahun 1, Bilik Kemahiran Hidup serta Bilik Pemulihan Khas. Pada tahun 1999 pejabat sekolah dinaiktaraf seperti sekarang.menjelang tahun 2002 sebuah Makmal Komputer dan 2 bilik darjah serta sebuah stor siap dibina. Menjelang tahun 2003,sekolah ini terlibat dengan perluasan Prasekolah. Bilik Tahun 4 diubahsuai menjadi kelas Prasekolah dengan menambah ruang dapur sepanjang 10 kaki.

Sejarah Sekolah 1

Sekolah Kebangsaan Batu Tiga Temoh telah diasaskan pada tahun 1946 dengan usaha sama penduduk kampung yang diketuai oleh Encik Hassan Bin Abd. Jalil. Pada mulanya sekolah ini hanya merupakan sebuah rumah kongsi para pekerja ladang getah yang disewa dari Banir Estate. Pengurus ladang itu adalah seorang berbangsa Inggeris yang bernama Encik Matthew.

Bangunan yang dibina daripada kayu itu dikenakan sewa sebanyak RM25.00 sebulan. Bayaran tersebut telah ditanggung oleh Jabatan Pelajaran Perak. Sekolah ini mempunyai perintis seramai 80 orang murid terdiri daripada anak tempatan dengan Encik Mat Zin Bin Ismail sebagai Guru Besar pertama.

Pada tahun 1951, Pengurus Banir Estate telah menjual ladangnya termasuk bangunan sekolah kepada saudagar cina yang bernama Foo Yeet Kai. Pada tahun 1952, beliau telah membuka lombong bijih timah bagi menggantikan ladang getah. Beliau telah menggunakan bangunan sekolah sebagai tempat tinggal pekerja dan sebagai ganti telah membina sebuah bangunan papan berukuran 45 X 25 kaki persegi dengan perbelanjaan sendiri. Pada masa tersebut sekolah ini mempunyai murid seramai 95 orang dan diketuai oleh Encik Abd. Ghani sebagai Guru Besar.

Misi

MISI SEKOLAH 2009

* BERHASRAT MELAKSANAKAN PENDIDIKAN BERTERASKAN ICT. DALAM P & P
UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK.

* PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN YANG CEKAP, BERKESAN,TELUS DAN BIJAKSANA


* AKADEMIK CEMERLANG BERASASKAN PENGURUSAN PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI BAGI MENCAPAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
AWAM YANG CEMERLANG.

* SAHSIAH YANG BERASASKAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN SYUMUL.

* PENINGKATAN SUKAN YANG BERASASKAN PENDEKATAN SAINTIFIK & INOVATIF.

* PRESTASI KOKURIKULUM YANG BERASASKAN PEMBINAAN
GENERASI BESTARI, JATI DIRI DAN INTERGRASI NASIONAL.

Visi Sekolah

VISI SEKOLAH 2009

BERHASRAT MENJADIKAN SK. BATU TIGA, TEMOH SEBAGAI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...