::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Tuesday, March 8, 2011

Workshop 1 Guru-Guru Bahasa Inggeris

Hari ini 3 orang guru Bahasa Inggeris telah terpilih untuk mengikuti bengkel yang diadakan di STTS  bertujuan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru yang mengajar subjek ini.


Bengkel yang bermula jam 2.30 petang berakhir jam 5 merupakan siri pertama diantara beberapa belas siri yang akan menyusul nanti. Kelihatan suasana semasa bengkel berlangsung sangat menceriakan. Semua kelihatan berminat dengan teknik-teknik yang akan didedahkan kelak dan berharapkan ianya dapat diaplikasikan di dalam kelas nanti.


Siri pemantauan rasmi oleh Dr Barbara akan bermula selepas cuti sekolah ini.  Guru-guru yang terlibat akan dipantau secara terperinci dan khusus oleh beliau. Saat sebegini memang dinantikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris yang sentiasa dahagakan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pemilik asal bahasa itu sendiri.


Syabas kerana SEBATI tidak ketinggalan dalam aspek-aspek sebegini.

final 100 lelaki under 11



video dirakamkan oleh sifu rizal.. menggunakan henpon 7series!! thanks for sharing the moment!!

OLAHRAGA MSSD BATANG PADANG KALI KE 25




Pada 7 mac, bertempat distadium proton, behrang, SEBATI telah menghantar wakil untuk menyertai acara olahraga bagi kategori:
1) 100m (lelaki bwh 11 thn)
2) 100m (perempuan bwh 11 thn)
3) 100m (lelaki bwh 12 thn)
4) 100m (perempuan bwh 12 tahun)

kedua-dua peserta lelaki bwh 11 tahun telah berjaya memasuki acara akhir dan telah berjaya memperolehi pingat.. merka ialah:
* muhammad Arif Asyrani
* Nasirul Izwan.

(pingat yg diperolehi belum dapat dipastikan kerana acara penyampaian hadiah akan dilangsung pada 8 mac 2011 dimana tiada wakil untuk mengambil hadiahnya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...