::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Monday, August 27, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 31


Guru Bertugas: Puan Norani
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Mengalukan-alukan kehadiran murid selepas cuti penggal persekolahan.
3. Menegaskan persediaan 100% murid tahun enam dalam menghadapi UPSR.
4. Mengingatkan murid supaya mengamalkan sikap berjimat cermat terutama ketika keluar kelas dengan memastikan lampu dan kipas dipadam.
5. Program kemerdekaan akan dijalankan pada hari Rabu 29.08.2012

Ucapan Penolong Kanan HEM Puan Salina
1. Memaklumkan murid-murid RMT 42 orang yang bukan beragama Islam bahawa tiada bekalan RMT bagi mereka melainkan murid-murid beragama Islam kerana telah cukup 130 hari bekalan RMT untuk mereka.
2. Pemberian vitamin adalah seperti biasa.


Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Memaklumkan bahawa murid-murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR supaya lebih komited dalam menghadapi peperiksaan tersebut yang tinggal hanya 9 hari setelah ditolak cuti.
2. Memaklumkan terdapat pelbagai program seperti Sambutan Hari Raya bakal diadakan namun begitu fokus sebenar dalam pendidikan tidak dipinggirkan.
3. Murid tidak dibenarkan ponteng tanpa sebab kerana ianya akan merugikan diri sendiri.
4. Promosi hari kemerdekaan.


Hal-hal lain.

1. En Abu Bakar menaklumkan bahawa Jalur Gemilang boleh didapati di kedai buku sekolah.
2. Penekanan puasa 6 kepada murid-murid.
3. Penerangan sambutan hari raya oleh En Megat Azini.

Monday, August 13, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 30


Guru Bertugas: Puan Norasiah
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Meminta murid supaya lebih peka terhadap kebersihan kelas.
3. Menegaskan kesan dan akibat bermain mercun kepada murid-murid.

Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Menegur nyanyian lagu oleh murid-murid yang kurang bersemangat dan meminta mereka supaya menanamkan semangat patriotik terhadap negara sempena bulan kemerdekaan.
2. Penekanan aspek keselamatan kepada murid-murid ketika bermain mercun.
3. Memperkenalkan guru pelatih kepada murid-murid iaitu Encik Ashraf yang merupakan bekas murid beliau.
4. Memaklumkan bahawa murid-murid tahun enam akan menduduki peperiksaan pra-upsr.
5. Memaklumkan cuti berganti pada hari Jumaat.
6. Penyampaian hadiah galakan kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan pra upsr.

Hal-hal lain.

1. Nyanyian lagu jalur gemilang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...