::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Wednesday, February 29, 2012

BOLA BALING MSS BATANG PADANG (P12)

Berikut adalah keputusan akhir pusingan pertama pasukan bola baling perempuan SEBATI

SEBATI VS SK KG PAHANG ( 0-8 )
SEBATI VS SK SUNGKAI ( 0-3 )
SEBATI VS SK JERNANG ( 1-6 )

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam proses mencungkil bakat pasukan bola baling perempuan.
Kerjasama dan komitmen semua sangat baik dan menggalakkan!

Esok, perjuangan bermula kembali bagi pasukan bola baling lelaki.

SKL TalkDelicious

KEJOHANAN BOLA BALING MSS DAERAH BATANG (L12)

Berikut adalah keputusan pusingan pertama bagi kategori lelaki L12. (K)

SEBATI VS SK TEMOH (11 - 5)
SEBATI VS SK CHENDERIANG (2-3)
SEBATI VS SK BATU 14 ( 13-1)

SEBATI sebagai Johan Kumpulan K layak ke pusingan suku akhir pada:
Hari: Khamis
Tarikh: 1 Mac 2012
Tempat: SMK SUNGKAI

Perlawanan Pertama:
*SEBATI VS SK SRI KINJANG

Tahniah SEBATI, namun begitu perjuangan belum selesai ....

Monday, February 27, 2012

Persediaan Kejohanan Bola Baling MSS Daerah Batang Padang 2012

Persediaan bagi kejohanan yang akan berlangsung esok.
Selamat Berjuang SEBATI!

SKL TalkDelicious

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 9

Guru Bertugas: Puan Nor Azlin
-Memaklumkan bahawa ujian rasmi 1 akan diadakan pada minggu hadapan.
-Memaklumkan murid lelaki dan perempuan Sebati akan terlibat dengan pertandingan Bola Baling Daerah bertempat di SMK Sungkai.
-Penekanan aspek kebersihan kelas.
-Menekankan aspek disiplin murid.

Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Puan Sarina)
-Mengingatkan murid mematuhi peraturan piawaian standard pemakaian sekolah ketika berada di sekolah.
-Menegaskan kepentingan mematuhi peraturan sekolah.
-Meminta murid memanafaatkan masa terutama selepas masa rehat.

Ucapan Tuan Gurubesar (Puan Rosnah)
-Menegaskan aspek kebersihan kelas,mematuhi peraturan sekolah dan etika pemakaian seragam sekolah yang betul.
-Meminta murid bersedia menghadapi ujian yang akan diadakan.
Perkongsian konsep pembelajaran dan persediaan :
*S: sedia
*A: awal
*T: tumpuan
*U: ulangkaji

SKL TalkDelicious

Menarik hari ni di didik berita harian

Section C
Bahasa Inggeris
Didik Berita Harian 27feb
SKL TalkDelicious

Thursday, February 16, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

Tarikh: 17 Februari 2012
Masa: 8.30 am - 9.30 am

Antara program yang dijalankan adalah:

1. Salawat Beramai-ramai.
2. Pertandingan EJAAN JAWI
3. Tayangan Video Kisah Nabi

Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan kita raikan dengan penuh kesyukuran!

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

Tarikh: 16 & 17 Februari 2012
Masa: 2.30pm-5.30pm
Penglibatan: Semua murid Islam diwajibkan hadir.

Pakaian: bersesuaian dan menutup aurat.

Wednesday, February 15, 2012

Bola baling persahabatan

Selasa, 14/2/2012

SEBATI (P) *2 VS SK BATU MASJID (P) *3

SEBATI (L) *3 VS SK CHENDERIANG (L) *0


Tahniah kepada pasukan yang berjaya!

Taklimat Program Peningkatan Upsr Perkongsian Pintar Sekolah Rendah Kelompok Satu Daerah Batang Padang

Tarikh: 14022012
Tempat: Pkg Temoh

Guru-guru matapelajaran teras telah menghadiri satu taklimat perkongsian Pintar Upsr melibatkan 7 buah sekolah kelompok 1 Daerah Batang Padang.

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid melalui perkongsian pengalaman dan teknik cemerlang yang digabungkan hasil daripada perbincangan guru-guru mengikut subjek Upsr.

Tuesday, February 14, 2012

Pemantauan native speaker programme

2 orang guru telah dipantau oleh Miss Moren, koordinator bagi program native speaker.
Guru terlibat:
1.Puan Sazimah
2.Encik Megat Azini


* Gambar oleh Encik Saiful Rizal.

Monday, February 13, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 7

Guru Bertugas: En Mohd Nadmin
-mengingatkan murid terutama tahun 1 dan 2 yang sering ke tandas supaya tidak bermain di sana.
- meminta murid akur ketepatan masa beratur selepas waktu rehat.
- Unit Beruniform dan 1Murid1Sukan.

Ucapan Gurubesar (Puan Rosnah)
-mengingatkan murid yang terlibat dalam kelas tasmid untuk hadir sepenuhnya kerana kehadiran adalah wajib dan hendaklah pulang serentak.
-murid tidak digalakkan keluar dari sekolah ketika mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada waktu petang.
-meminta murid memaklumkan kepada ibubapa/penjaga yang menghantar anak ke sekolah supaya tidak membawa motosikal masuk ke kawasan sekolah atas faktor keselamatan.

Ucapan PK Pentadbiran (Puan Hajjah Hatiyah)
-mengingatkan murid wabak muntah dan cirit yang melanda di Daerah Batang Padang, melibatkan 2 kematian.
-menekankan aspek kebersihan diri dan penggunaan air yang bersih.



15 ribu guru berijazah belum naik gred 41

berita harian Isnin 13 Februari 2012

Friday, February 10, 2012

TAZKIRAH JUMAAT

Penyampai: Ustazah Muslimah
Tajuk: Kepribadian Rasulullah S.A.W

MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN KELAB GURU KAWASAN PARLIMEN TAPAH

Tarikh: 09 Februari 2012
Tempat: Dewan UMNO Tapah
Disampaikan oleh: YB DATO SAMSUDIN BIN HAJI ABU HASSAN, ADUN AYER KUNING.
Kehadiran:
Pegawai-pegawai PPD,guru besar, Pengerusi Kelab Guru dan setiausaha/bendahari Kelab Guru SEBATI.


Pihak Sekolah merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Saturday, February 4, 2012

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di PPD BATANG PADANG

Tarikh: 3 Januari 2012
Tempat : PPD Batang Padang
Kehadiran: Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Tuan Haji Idris dan Ketua-Ketua Sektor

Satu majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan di bangunan baru PPD Batang Padang yang terletak di Jalan Pahang,Tapah. Majlis bermula jam 4.30pm dan berakhir kira-kira jam 6 lebih.

Friday, February 3, 2012

KITA TUNAI JANJI

Pada ahad lepas 29/1/2012, Sir telah menghadiri satu majlis yang cukup istimewa di Stadium Indera Mulia Ipoh.

Majlis pemberian geran kepada beberapa agensi kerajaan sebagai penghargaan di atas pengorbanan mereka terhadap komuniti setempat. Antara agensi tersebut ialah anggota RELA,Rukun Tetangga dan Kelab Guru bagi sekolah- sekolah di negeri Perak.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir.
Kelab Guru Daerah Batang Padang diwakili oleh Timbalan PPD, Encik Osman Bahari bersama-sama beberapa Pengerusi Kelab yang terpilih untuk naik ke pentas bagi menerima geran (replika cek) berjumlah lebih RM200,000 yang akan diagihkan kepada kelab-kelab guru Daerah Batang Padang.

Kehadiran sangat menggalakkan, dianggarkan 6 ribu telah hadir bersama-sama memberi sokongan.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengotakan janji Kerajaan Negeri Perak terhadap rakyatnya di mana kemakmuran dan kemewahan diagih secara saksama mungkin.

Pengerusi Kelab Sebati dan AJK mengucapkan ribuan terima kasih diatas keprihatinan pihak kerajaan negeri.

Untuk makluman YAB Menteri Besar Perak pernah datang ke sekolah kita pada tahun lepas 2011, roadshow 'Klinik Dr Zambry'. Meriah dan mesra orangnya.

kenali menteri besar kita di:
mb.perak.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...