::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Wednesday, April 18, 2012

Program Motivasi Pengawas/ Pengawas Pusat Sumber / Ketua Kelas dan Penolong. 2012

Program Motivasi tersebut telah dijalankan pada l8.O4.2012 di dewan serbaguna SEBATI.

Penceramah yang dijemput merupakan seorang guru yang cukup berpengalaman di bidang kaunseling. Beliau adalah Encik Ahmad Azam Bin Abdullah, yang merupakan Guru Bimbingan Kaunseling di SK Sg. Lesong.

Murid-murid yang terlibat telah dimotivasikan semaksimum mungkin melalui pendedahan kekuatan dan kelemahan diri. Kepelbagaian teknik penyampaian telah berjaya menarik minat murid.

Respon dari murid juga positif dan Pro-Aktif. Masa berlalu tanpa disedari oleh mereka atas keasyikkan menghayati segala yang dikongsi oleh penceramah.

Program motivasi yang bermula jam 2.30 petang berakhir pada jam 5.00 petang itu diharapkan dapat memantapkan semangat murid serta menjadikan mereka lebih sedar bahawa peranan yang dijalankan disekolah bukan setakat menyarungkan pakaian seragam yang berbeza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...