::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Thursday, March 31, 2011

SEBATI 2011 PTA

20110329110623160250klinik dr zambrypta2011032911080400600020110329111407393625DSC08226
DSC08227DSC08228DSC08229DSC08230DSC08232DSC08233
DSC08242DSC08246DSC08250DSC08251DSC08253DSC08254
DSC08255DSC07280DSC07281DSC07282DSC07283DSC08251

SEBATI 2011 PTA, a set on Flickr.

GAMBAR MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

Wednesday, March 30, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45


DSC08327
Originally uploaded by Kulop Ludin

Semalam telah berlangsung satu majlis yang berprestij iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45..

Barisan lama telah dibubarkan dan digantikan dengan yang baru disamping mengekalkan Pengerusi yang lama atas udian ramai.

Semua usul telah dibincangkan dan penerangan telah diberikan oleh mereka yang berwajib. Kepuasan jelas terpampar diwajah masing-masing kerana setiap usul menemui kata sepakat di antara ibubapa dan juga pihak sekolah.

Dirasmikan oleh
YB DATO' SUKI MEE
(DPMP,PMP,AMP,PPT,APPM)
PENGERUSI YAYASAN ORANG ASLI PERAK

Sehubungan itu pihak penerbitan mengucapkan tahniah atas kehadiran ibubapa serta komitmen semua pihak. Dan tak lupa juga makanan yang dihidangkan sangat enak.

Ada permintaan, bila nak wat kenduri macam selalu... roti jala campur kuah durian.... mantap!!!!

P/s : sila klik link ini untuk melihat gambar-gambar. KLIK SINI

Tuesday, March 29, 2011

KLINIK DR ZAMBRY BERSAMA RAKYAT



Seperti yang tertera di banner, semua dijemput hadir memeriahkan Klinik Dr Zambry, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang diadakan di Padang Sebati.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada hari itu. Jangan lepaskan peluang menatap secara langsung wajah YAB kita ini.

Friday, March 25, 2011

MTQ MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN MAHRAJAN KESENIAN ISLAM

Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam Majlis Tadarus Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam yang akan berlangsung di:

Tempat: Sk Sri Kinjang
Tarikh: 26/03/2011
Jam : 8 pagi

Wakil Sebati Pertandingan Bercerita:

1. Md. Hatim Danish Ramizu (Tahun 6)
2. Nur Ain Afiqah Nor Azli (Tahun 6)

Wakil Sebati Berzanji

1. Qhairunnisa Haizal (Tahun 3)

Semoga kalian berjaya!!!
Semua dijemput hadir memeriahkan lagi MTQ kita....

Sunday, March 13, 2011

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG SEBATI JUARA LAGI!!!


KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG
Originally uploaded by Kulop Ludin

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG

seperti umum ketahui, team bolasepak sebati telah turut sama memeriahkan kejohanan bolasepak u12 kelompok satu pada hari jumaat dan sabtu yang lalu....

permulaan mendebarkan dan diiringi hujan yang tak pernah jemu membasahi bumi pada hari pertama pertandingan... ternyata hujan yang turun merupakan hujan rahmat yang memberkati team bolasepak kita yang pada mulanya agak gementar apabila berhadapan dengan team2 lain yang sangat hebat serta berkemahiran tinggi. kita berjaya melepasi halangan pertama pada hari jumaat....

Tiba hari sabtunya, entah macammana keadaan cuaca yang sejuk dan hari tersebut merupakan hari pertama kita bercuti maka sir dah terlepas zon masa untuk menghantar beberapa kesatria sebati seawal awal pagi...rupa2nya itu juga merupakan tanda2 bahawa team sebati bakal digeruni beberapa minit kemudian...(terimakasih kepada sir nadmin atas inisiatif menyelesaikan masalah tersebut)

Sepak mula dimulai jam 8.45am dan bermula pada masa itu..dapat dirasakan setiap aspek kejurulatihan diuji oleh pihak lawan. pangkah silang, kecederaan minima terkawal serta serangan-serangan yang hebat bermula terus tanpa bertangguh lagi dan ini menyebabkan sir tak berapa berani duduk area2 belakang penjaga gol sebab takut dirembat sama....

serangan-serangan team sebati kalau dapat dilihat secara rohaniah maka  kita akan terpandang setip kali rembatan tepat ke area2 gol pihak lawan, kita akan nampak seolah-olah berapi2... seumpama menonton filem shaolin soccer.... dan disebabkan berapi2 tu maka banyak kali sasaran tersasar dari menjadi gol!! dan ini bermakna penjaga gol pihak lawan banyak kali urut dada tanda bersyukur.... bagus, kerana team sebati tidak terlalu tamak dan masih ada unsur P&P walaupun dalam pertandingan...(pernah berlaku masa bola baling dulu)

Bertemu dengan SK AIR KUNING (Juara Bertahan) semasa perlawanan akhir umpama menyaksikan pratonton Hikayat Merong Mahawangsa... penuh efek dan debaran.. team sebati telah berusaha bersungguh-sungguh...memaksa pihak lawan tidak selesa hingga membawa ke sepakan penalti bagi mencari juara sebenar pada hari sabtu yang menggetarkan perasaan..

Akhir selepas 2 sepakan penalti dari pemain SK AIR KUNING tidak menuju ke sasaran berkemungkinan disebabkan aura penjaga gol sebati yang kelihatan berapi-api maka SEBATI telah dinobatkan sebagai JUARA KELOMPOK 1...

7 orang pemain sebati telah terpilih untuk sessi pemilihan dan latihan berpusat bermula Sabtu 19/3/2011 di padang sekolah kita selaku juara kali ini... saksikan mereka bersama-sama beberapa pemain dari sekolah lain yang turut sama memeriahkan sukan bolasepak kelompok 1.

TAHNIAH KEPADA SEMUA INDIVIDU-INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN PEMAIN2 DISEGANI PIHAK LAWAN!!.

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG

*buah epal sebelum perlawanan akhir mungkin rahsia pasukan sebati...

Saturday, March 12, 2011

sebati ke final kelompok 1

sebentar lagi team sebati akan bertemu sk air kuning untuk perlawanan akhir!

Friday, March 11, 2011

2nd match

sebati vs sk temoh
sebati 3-sk temoh 0

kejohanan bolasepak u12 kelompok 1


akan bermula sebentar lagi.

kejohanan bolasepak u12 kelompok 1


akan bermula sebentar lagi.

kejohanan bolasepak u12 kelompok 1


akan bermula sebentar lagi.

victory is sweet and mouth watering too!

victory is sweet and mouth watering too!

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SEBATI

PENGGAL PERTAMA
12/03/2011 - 20/03/2011

The Victory Begin...





GENGGAM BiARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG.. ALANG2 MENYELUK PEKASAM BIOR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN... Alang2 dah penat berlatih, Bior Sampai dapat EMAS...
Atlet olah raga SEBATI meneruskan kecemerlangan untuk Hari Terakhir Kejohanan Olahraga MSSD Batang Padang dengan berjaya menggondol pingat EMAS yang kedua melalui acara 4 x 100m lari berganti-ganti (L12). Ibarat ingin menebus kekecewaan tewas kepada pasukan sama untuk acara 4 x 200m pada pagi hari sebelumnya, kuartet 4 x 100m yang di wakili oleh MUHD FARID, FARITH IZZAT, NAZIRUL IZWAN & ARIF ASYRANI mengerahkan segala keringat yang ada sewaktu acara berlangsung.. kata mereka... "BIOR PITAM ATEH TREK PUN TETAP AKAN DAPATKAN EMAS"...
usaha yang bersungguh2 ini akhirnya membuahkan hasil apabila dinobat selaku pemenang pingat emas untuk acara ini.. tahniah..

Berikut ialah kutipan pingat yang berjaya dikutip sepanjang kejohanan selama 4 hari ini:

Emas - lompat jauh (L11) - Nazirul Izwan - 4 x 100m (L12)

Perak - 4 x 200m (L12)

Gangsa - 100m (L11) - Muhd Arif Asyrani

Sekalung tahniah kepada semua murid yang menyertai acara ini dan memberikan komitment sepenuhnya.. diharap kejayaan lebih besar akan dapat dicapai pada tahun hadapan

** medal & sijil lepas cuti sekolah baru diberi yer.. sabo-sabo sket yer..

Thursday, March 10, 2011

Lawatan penyeliaan pengurusan sekolah dan Medal


inilah medal yang telah dimenangi oleh atlet2 sebati

Lawatan penyeliaan pengurusan sekolah


hari ini sebati telah dilawati oleh 3 orang pegawai dari pejabat pelajaran daerah batang padang.

1. Encik Osman Mohamed Bahari
TPPD. PPD. BATANG PADANG
2. En Mat Fuad Abd Talib
PEN. PPD (P&P)
3. En Abu Kassim Darus
PK (PEMBANGUNAN) PPD BTG PDG.

Wednesday, March 9, 2011

Akhirnya.. kilauan emas & perak berjaya digenggam




Pada pagi yg damai.. 09 mac 2011.. misi membuat kilauan emas diteruskan pada hari ke - 3( Hari ke-2 untuk kontinjen SEBATI ) KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BATANG PADANG kali ke 25... Seramai 4 orang atlet telah dihantar untuk menyempurnakan misi penting ini setelah hari pertama kejohanan Kontinjen SEBATI hanya mampu membawa pulang 1 pingat gangsa.
permulaan acara agak kurang memberangsangkan dimana kedua-dua atlet lompat jauh (L 12) gagal untuk melangkah ke final..
pertindihan jadual acara kategori (L 11- lompat jauh) dan (4 x 200 m - separuh akhir) menyebabkan sedikit kekalutan berlaku dimana 2 org altet SEBATI terpaksa berkejar untuk melompat jauh kemudian berlari untuk acara 4 x 200m dan akhirnya kembali untuk melompat jauh. Namun kekalutan ini seperti memberi isyarat untuk atlet SEBATI menggenggam pingat emas apabila hanya satu lompatan sahaja diperlukan untuk membolehkan NAZIRUL IZWAN memenangi acara lompat jauh (L 11).
Kuartet 4 x 200m juga tidak menghampakan apabila menggungguli peringkat separuh akhir dengan catatan masa terpantas berbanding sekolah lain. keadaan ini telah memberi menyebabkan kuartet 4 x 200m SEBATI menjadi sebutan & diletakkan sebagai pilihan utama untuk memenangi acara ini yg diadakan pada sebelah petang.
sebelum acara akhir bermula kuartet SEBATI dikejutkan dengan kecederaan yg dialami oleh salah seorg atlet (Arif Asyrani) yg katanya SAKIT PADA BAHAGIAN TUMIT APABILA BERJALAN.. namun atlet ini terpaksa juga mengambil bahagian akibat tiada penganti lain (sorang dah patah tangan).. Akhirnya kuartet 4 x 200m (L 12) terpaksa akur dengan pingat perak setelah satu ketika mendahului larian (dipotong ketika arif berlari).. pujian harus dirikan atas kesungguhan atlet untuk berjaya.. syabas...
semoga hari terakhir esok bertambah lagi kilauan pingat untuk SEBATI

lompat jauh (L 11) - Nazirul Izwan - Emas
4 x 200m - Perak

**ps - ader x sesapa nak sponser pisang @ RED BULL @ Energy Bar untuk esok....

Minum milo untuk kesihatan


hari ni selain daripada atlit2 sebati berjuang di stadium proton , kami di sekolah dapat Minum milo percuma..

terima kasih milo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...