::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Monday, August 27, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 31


Guru Bertugas: Puan Norani
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Mengalukan-alukan kehadiran murid selepas cuti penggal persekolahan.
3. Menegaskan persediaan 100% murid tahun enam dalam menghadapi UPSR.
4. Mengingatkan murid supaya mengamalkan sikap berjimat cermat terutama ketika keluar kelas dengan memastikan lampu dan kipas dipadam.
5. Program kemerdekaan akan dijalankan pada hari Rabu 29.08.2012

Ucapan Penolong Kanan HEM Puan Salina
1. Memaklumkan murid-murid RMT 42 orang yang bukan beragama Islam bahawa tiada bekalan RMT bagi mereka melainkan murid-murid beragama Islam kerana telah cukup 130 hari bekalan RMT untuk mereka.
2. Pemberian vitamin adalah seperti biasa.


Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Memaklumkan bahawa murid-murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR supaya lebih komited dalam menghadapi peperiksaan tersebut yang tinggal hanya 9 hari setelah ditolak cuti.
2. Memaklumkan terdapat pelbagai program seperti Sambutan Hari Raya bakal diadakan namun begitu fokus sebenar dalam pendidikan tidak dipinggirkan.
3. Murid tidak dibenarkan ponteng tanpa sebab kerana ianya akan merugikan diri sendiri.
4. Promosi hari kemerdekaan.


Hal-hal lain.

1. En Abu Bakar menaklumkan bahawa Jalur Gemilang boleh didapati di kedai buku sekolah.
2. Penekanan puasa 6 kepada murid-murid.
3. Penerangan sambutan hari raya oleh En Megat Azini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...