::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Friday, February 3, 2012

KITA TUNAI JANJI

Pada ahad lepas 29/1/2012, Sir telah menghadiri satu majlis yang cukup istimewa di Stadium Indera Mulia Ipoh.

Majlis pemberian geran kepada beberapa agensi kerajaan sebagai penghargaan di atas pengorbanan mereka terhadap komuniti setempat. Antara agensi tersebut ialah anggota RELA,Rukun Tetangga dan Kelab Guru bagi sekolah- sekolah di negeri Perak.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir.
Kelab Guru Daerah Batang Padang diwakili oleh Timbalan PPD, Encik Osman Bahari bersama-sama beberapa Pengerusi Kelab yang terpilih untuk naik ke pentas bagi menerima geran (replika cek) berjumlah lebih RM200,000 yang akan diagihkan kepada kelab-kelab guru Daerah Batang Padang.

Kehadiran sangat menggalakkan, dianggarkan 6 ribu telah hadir bersama-sama memberi sokongan.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengotakan janji Kerajaan Negeri Perak terhadap rakyatnya di mana kemakmuran dan kemewahan diagih secara saksama mungkin.

Pengerusi Kelab Sebati dan AJK mengucapkan ribuan terima kasih diatas keprihatinan pihak kerajaan negeri.

Untuk makluman YAB Menteri Besar Perak pernah datang ke sekolah kita pada tahun lepas 2011, roadshow 'Klinik Dr Zambry'. Meriah dan mesra orangnya.

kenali menteri besar kita di:
mb.perak.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...