::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Friday, May 15, 2009

Sejarah Sekolah 2

Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, pada tahun 1966 Pengarah Pelajaran Perak telah membenarkan sebuah sekolah cawangan dibuka kira-kira setengah kilometer dari sekolah induk. Menjelang tahun 1980 sebuah bangunan batu yang terdiri daripada 6 bilik darjah, sebuah pejabat , sebuah bilik guru dan kantin siap dibina dan digunakan hingga sekarang. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan tapak bangunan lama yang telah dirobohkan.

Menjelang tahun 1998 sebuah bangunan 3 bilik darjah yang didirikan di tapak bangunan lama. Bilik darjah digunakan untuk bilik guru ,Tahun 1, Bilik Kemahiran Hidup serta Bilik Pemulihan Khas. Pada tahun 1999 pejabat sekolah dinaiktaraf seperti sekarang.menjelang tahun 2002 sebuah Makmal Komputer dan 2 bilik darjah serta sebuah stor siap dibina. Menjelang tahun 2003,sekolah ini terlibat dengan perluasan Prasekolah. Bilik Tahun 4 diubahsuai menjadi kelas Prasekolah dengan menambah ruang dapur sepanjang 10 kaki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...