::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Tuesday, July 28, 2009

Aktiviti Ko-Kurikulum 29/7/09

Pertandingan Bola Jaring 3 on Three dan Futsal antara kelas akan di adakan pada hari Rabu pukul 3.00 petang.Sehubungan itu semua murid yang terlibat dikehendaki hadir tepat pada masanya dengan pakaian dan peralatan yang sesuai.

Thursday, July 23, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Pada hari sabtu ini 25 Julai 2009, semua guru di SK Batu Tiga akan menjalani program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang akan diadakan di makmal komputer SK Batu Tiga Temoh pada pukul 8 pagi. Kehadiran adalah diwajibkan. Untuk maklumat lanjut sila lihat pada surat panggilan mesyuarat yang telah diedarkan.

Thursday, July 9, 2009

Big Bang TV

Kepada semua guru dan murid,sekarang anda boleh menonton rancangan TV pendidikan yang berteraskan sains dan seni melalui blog sekolah. Big Bang tv banyak mengandungi tentang sains dan eksperimen. Guru dapat menggunakannya bagi tujuan mendapatkan idea untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran.Sila Klik pada pautan pelajar tentang BIG BANG TV.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...