::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Wednesday, March 9, 2011

Akhirnya.. kilauan emas & perak berjaya digenggam




Pada pagi yg damai.. 09 mac 2011.. misi membuat kilauan emas diteruskan pada hari ke - 3( Hari ke-2 untuk kontinjen SEBATI ) KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BATANG PADANG kali ke 25... Seramai 4 orang atlet telah dihantar untuk menyempurnakan misi penting ini setelah hari pertama kejohanan Kontinjen SEBATI hanya mampu membawa pulang 1 pingat gangsa.
permulaan acara agak kurang memberangsangkan dimana kedua-dua atlet lompat jauh (L 12) gagal untuk melangkah ke final..
pertindihan jadual acara kategori (L 11- lompat jauh) dan (4 x 200 m - separuh akhir) menyebabkan sedikit kekalutan berlaku dimana 2 org altet SEBATI terpaksa berkejar untuk melompat jauh kemudian berlari untuk acara 4 x 200m dan akhirnya kembali untuk melompat jauh. Namun kekalutan ini seperti memberi isyarat untuk atlet SEBATI menggenggam pingat emas apabila hanya satu lompatan sahaja diperlukan untuk membolehkan NAZIRUL IZWAN memenangi acara lompat jauh (L 11).
Kuartet 4 x 200m juga tidak menghampakan apabila menggungguli peringkat separuh akhir dengan catatan masa terpantas berbanding sekolah lain. keadaan ini telah memberi menyebabkan kuartet 4 x 200m SEBATI menjadi sebutan & diletakkan sebagai pilihan utama untuk memenangi acara ini yg diadakan pada sebelah petang.
sebelum acara akhir bermula kuartet SEBATI dikejutkan dengan kecederaan yg dialami oleh salah seorg atlet (Arif Asyrani) yg katanya SAKIT PADA BAHAGIAN TUMIT APABILA BERJALAN.. namun atlet ini terpaksa juga mengambil bahagian akibat tiada penganti lain (sorang dah patah tangan).. Akhirnya kuartet 4 x 200m (L 12) terpaksa akur dengan pingat perak setelah satu ketika mendahului larian (dipotong ketika arif berlari).. pujian harus dirikan atas kesungguhan atlet untuk berjaya.. syabas...
semoga hari terakhir esok bertambah lagi kilauan pingat untuk SEBATI

lompat jauh (L 11) - Nazirul Izwan - Emas
4 x 200m - Perak

**ps - ader x sesapa nak sponser pisang @ RED BULL @ Energy Bar untuk esok....

Minum milo untuk kesihatan


hari ni selain daripada atlit2 sebati berjuang di stadium proton , kami di sekolah dapat Minum milo percuma..

terima kasih milo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...