::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Saturday, September 28, 2013

Tuesday, July 9, 2013

Perhimpunan Rasmi Mingguan


Guru Bertugas : Pn Norasiah Abu Bakar.
- Memaklumkan minggu bertugas .
-Penerangan adab berpuasa kepada murid-murid.
-Meminta murid melaksanakan tugas mengikut jadual tugasan kelas.

Ucapan PK Kokurikulum Pn Aznini.
-Meminta semua murid berpakaian PJ esok sempena bulan kecergasan.
-Memaklumkan Aktiviti KoKurikulum ditangguhkan sempena bulan puasa dan akan disambung semula selepas hari raya.

Ucapan Gurubesar Puan Habsah Bujang.
- Penerangan fadhilat berpuasa bagi murid-murid Islam.
-Memaklumkan bahawa kantin ditutup semasa bulan puasa.
-Memaklumkan percubaan UPSR Tahun  Enam akan diadakan pada 16-18 Julai 2013 dan meminta murid yang terlibat melakukan yang terbaik.
-Penerangan bulan kecergasan kepada semua warga SEBATI.

Hal-hal lain.
-Bacaan ikrar murid.
-Bacaan doa.


Wednesday, July 3, 2013

Sunday, June 23, 2013

Buku log terbaik keris gangsa 2013

Penganugerahan Buku Log Terbaik
Aiman Haqim Bin Mohd Affandi
Lencana Keris Gangsa di Kem Alam Damai Chenderiang

Thursday, June 20, 2013

Teknkk Menjawab Soalan Matematik

Teknik disampaikan oleh Cikgu  Badarudin (Sk Air Kuning)

Wednesday, June 19, 2013

Monday, June 17, 2013

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 22


Guru Bertugas : Pn Nor Azlin Abd Rahim
- Memaklumkan minggu bertugas beliau.
- Memaklumkan tarikh sukantara dan hari latihan rumah sukan.
-Motivasi penglibatan murid dalam menjayakan sukantara sekolah.
Ucapan PK Pentadbiran Pn Nor Aziah M. Yunan.
-Motivasi murid yang bakal menduduki PKSR 1.
-Memaklumkan Program Motivasi Tahun Enam akan diadakan pada hari Rabu dan meminta murid yang terlibat memberi tumpuan.
Hal-hal lain.
1. Penyampaian sijil kepada murid yang terlibat dalam Karnival Bahasa Melayu.
-Bacaan ikrar murid.
-Bacaan doa.

Friday, May 17, 2013


Sambutan Hari Guru 
Peringkat Sekolah 2013 SK Batu Tiga, Temoh

Selamat Hari Guru Diucapkan Kepada Semua Guru..









Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman...........

Tuesday, May 14, 2013

Mesyuarat PIBG 1/2013

Membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan kerjasama antara ibubapa dan pihak sekolah.

PKSR 1/2013

Dijalankan seperti mengikut jadual. Selamat menjawab soalan!

Monday, May 13, 2013

Mesyuarat Kurikulum 2/2013

Telah dijalankan di makmal komputer SEBATI secara analisis membincangkan pencapaian dan penambahbaikan akademik dan ko akademik.

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 19


Guru Bertugas : En Abu Bakar
- Memaklumkan minggu bertugas beliau.
- Memaklumkan tarikh PKSR 1 kepada murid-murid Tahap Dua.
- Penerapan nilai akhlak mulia sempena sambutan hari ibu dan sempena bulan Rejab.
- Memaklumkan sambutan hari guru pada hari khamis.

Ucapan PK KOKO Pn Aznini Zainal Abidin
-Memaklumkan penglibatan murid di dalam Karnival Bahasa Inggeris dan Karnival Bahasa Melayu.
-Memaklumkan bahawa aktiviti ko kurikulum dijalankan seperti biasa iaitu aktiviti persatuan.
- Mengingatkan murid mengenai sambutan hari guru.

Ucapan PK HEM Pn Faezah Megat Pauzan.
-Membuat teguran terhadap disiplin murid semasa berada di kawasan sekolah terutama semasa waktu rehat. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa waktu rehat dan tidak dibenarkan berlari atas faktor keselamatan.
-Menegaskan kawasan-kawasan terhad untuk laluan murid semasa keluar kelas terutama waktu keluar ke tandas.

Ucapan PK Pentadbiran Pn Nor Aziah M. Yunan.
-Motivasi murid yang bakal menduduki PKSR 1.
-Memaklumkan perjalanan PKSR 1 kepada murid-murid.

Ucapan Gurubesar Pn Habsah Bujang
-Menegur murid yang kurang bersedia semasa perhimpunan pagi.
-Memotivasikan murid-murid supaya berusaha untuk mengharumkan nama sekolah semasa menyertai mana-mana pertandingan yang disertai.
-Menekankan aspek kasih-sayang dalam kehidupan kepada semua guru dan murid sempena Sambutan Hari Ibu.

Hal-hal lain.
-Bacaan ikrar murid.
-Bacaan doa.

Monday, May 6, 2013

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 18

Guru Bertugas : Pn Normala
- Memaklumkan minggu bertugas beliau.
-Mengingatkan murid-murid melaksanakan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah disediakan.
-Membuat teguran kehadiran murid.

Ucapan Gurubesar Pn Habsah Bujang
-Menegur kehadiran murid yang kurang pada hari ini.
-Mengingatkan murid-murid supaya membawa air kosong yang baik untuk kesihatan. Sistem tubuh badan memerlukan air yang cukup setiap hari.
-Menegur murid yang keluar rehat tanpa berbaris.
-Menekankan aspek kasih-sayang dalam kehidupan.

Hal-hal lain.
-Bacaan ikrar murid.
-Bacaan doa.

Monday, April 29, 2013

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 17

Ucapan:

Guru Bertugas Puan Hasviza Batir Ali
-Memaklumkan minggu bertugas beliau.
-Meminta murid mematuhi peraturan sekolah.
-Menegaskan kepentingan menggunakan masa dengan bijak.

Penolong Kanan 1 Puan Faezah Megat Pauzan
-Penerangan bayaran tambahan PIBG, murid boleh membuat pembayaran kepada guru kelas masing-masing.
-Penegasan mematuhi masa dan peraturan kepada murid-murid terutama ketika selepas waktu rehat.

Gurubesar Puan Habsah Bujang
-Meminta murid mempraktikkan amalan senyum yang merupakan satu amalan rohani yang baik.
-Meminta murid mematuhi peraturan sekolah dengan berbaris ketika keluar dan masuk ke kelas.
-Meminta pengawas menjalankan tanggungjawab secara berhemah.
-Penerapan dan penerangan konsep 1 Malaysia kepada murid-murid.
-Motivasi murid.

Hal-hal lain.
- Pemeriksaan kebersihan murid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...