::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Friday, March 23, 2012

LAWATAN PEMANTAPAN HEADCOUNT/TARGET UPSR 2012

Tarikh: 21.03.2012
Pegawai PPD BATANG PADANG: EN BAHEIRUDDIN

Thursday, March 22, 2012

TUTUP FACEBOOK RAHSIA DAPAT 10A

Berita Harian 22.03.2012
Menarik untuk dibaca dan difahami buat warga SEBATI.

Monday, March 19, 2012

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 11

Ucapan Guru Bertugas Cik Nor Afzan MS
- Meminta murid menjaga disiplin ke tahap yang terbaik.

Ucapan Guru PK Koko
- Aktiviti koko pada hari rabu berjalan seperti biasa (Persatuan)
- Pada hari Rabu, SEBATI akan menyertai Karnival BolaSepak Peringkat Kelompok 1.
- Olahraga Peringkat Daerah Batang Padang akan diadakan pada hari Isnin-Khamis di Stadium Proton City,Tg. Malim.
- Mengingatkan kehadiran Aktiviti Kokurikulum adalah wajib.
- Penyampaian medal kepada Pasukan Bola Baling Sekolah (lelaki)

Ucapan Puan Gurubesar
-Mengucapkan syabas atas kehadiran guru dan murid ke sekolah bagi meneruskan sessi persekolah selepas cuti, penekanan terhadap murid-murid Tahun Enam.
- Meminta murid membuat penambahbaikan diri setelah mengetahui pencapaian mereka melalui Ujian Rasmi 1.
- Motivasi murid ke arah kejayaan.
- Penekanan aspek keselamatan (mengaitkan kes Dirang sebagai contoh) meminta murid berhati-hati ketika berada di luar kawasan sekolah dan juga ketika berada di dalam kawasan sekolah.
- Pelancaran dan pelaksanaan Guru Penyayang akan dimulakan lebih awal sebagai penerapan sahsiah mulia kepada semua warga SEBATI. Ucapan salam, sambutan aluan kedatangan murid and bersalam pada waktu akhir akan dilaksanakan dalam bulan ini.

Hal-hal lain.
1. En Nadmin memaklumkan pemilihan pasukan bolasepak SEBATI pada petang Isnin.
2. Memaklumkan perjalanan latihan Olahraga kepada murid yang terlibat.

Thursday, March 8, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN / MESYUARAT KURIKULUM 2

Telah dijalankan seperti mengikut perancangan.
Maklumat-maklumat penting telah disampaikan kepada semua guru dan kakitangan oleh pihak pentadbiran.

Wednesday, March 7, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Monday, March 5, 2012

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 10

Guru Bertugas: Pn Norliza
- memaklumkan minggu peperiksaan dan meminta murid membuat persediaan.
- meminta murid mematuhi peraturan sekolah.

Ucapan PK Pentadbiran ( Pn Hajah Hatiyah )
- meminta murid berusaha bersungguh-sungguh menjawab soalan UJIAN RASMI 1. (Bermula dari 6-9 Mac)
- mengingatkan murid membawa alatulis mencukupi.
- mengucapkan tahniah kepada pasukan bola baling sekolah.
- memaklumkan 3 murid terpilih mewakili Daerah Batang Padang bagi permainan bola baling.
- kelas tambahan akan diadakan pada cuti persekolahan nanti. (Makluman)
- meminta murid menjaga keselamatan buku teks yang dibekalkan.
- menegaskan kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan dari penyakit berjangkit yang menjadi isu semasa. (COMBI)

Hal-Hal Lain.
- Seorang guru pelatih menjalankan ROSS di sekolah selama seminggu.
*NOOR HAJAR ASWAT M-TAHIR
-PBS ( 5-9 MAC 2012)
-Dari IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL, TERENGGANU.
- Aktiviti KoKurikulum dibatalkan dalam minggu peperiksaan.

Friday, March 2, 2012

Tahniah kepada Team Bola Baling SEBATI

Tahniah kepada semua murid yang terlibat di dalam karnival Bola Baling MSS Daerah Batang Padang.

Perjuangan mereka untuk mengharumkan nama sekolah dihargai sepenuhnya.

Team lelaki Bola Baling (L12) masih mengekalkan tempat 4 terbaik di Peringkat Daerah Batang Padang manakala Team perempuan pula telah didedahkan dengan suasana kejohanan yang sebenar.

" it does not matter if a cat is black or white, as long as it catches mice!"

*photos by Sir Nadmin
SKL TalkDelicious

Semakan SBPA siap awal April

Berita Harian, Jumaat 2Mac 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...