::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Monday, July 30, 2012

Perhimpunan Minggu 29

Guru Bertugas: Puan Norliza.
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Meminta murid supaya lebih peka terhadap faktor keselamatan ketika berada di sekolah.
3. Menerangkan faktor dan akibat sekiranya murid-murid tidak menjaga keselamatan.

Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Menegur sikap pembaziran air oleh murid ketika menggunakan air.
2. Menegaskan bahawa kawasan di menara pencawang sekolah adalah merupakan kawasan larangan atas faktor keselamatan.
3. Meminta murid menjaga adab ketika menunaikan solat/terawih di surau.
4. Mengingatkan murid supaya tidak bermain mercun.
5. Memaklumkan bahawa murid-murid tahun enam akan menduduki peperiksaan pra-upsr.

Hal-hal lain.

Ucapan Pn Siti Sofur
1. Meminta murid berada di kantin setiap kali waktu rehat.
2. Memaklumkan bahawa kutipan derma aidilfitri akan dijalankan.

Monday, July 16, 2012

Perhimpunan Minggu 26

Guru Bertugas: Puan Nor Azlin Abd Rahim.
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Mengingatkan murid aspek disiplin semasa perhimpunan di sekolah.
3. Menegur sikap murid yang suka mengambil barangan bukan miliknya tanpa kebenaran.
4. Menegur murid yang melempar kasut dan menekankan aspek disiplin diri.
5. Meminta murid mematuhi peraturan ketika selepas waktu rehat terutama ketika berbaris masuk ke kelas.
6. Memaklumkan bahawa kantin sekolah akan ditutup pada bulan puasa dan kepada murid yang bukan Islam hendaklah menghormati murid Islam yang lain. Bekalan yang dibawa hendaklah dimakan di tempat yang sesuai dan selesa.


Ucapan PK KOKO Pn. Faezah.
1. Memaklumkan aktiviti ko kurikulum (Pertandingan Futsal) mengikut rumah sukan. Terbuka kepada semua murid. Setiap rumah sukan boleh menghantar seberapa ramai pasukan dengan kekuatan 7 orang sekumpulan.
2. Pertandingan akan dijalankan di gelanggang futsal bertempat di Kg Batu 3, Temoh.
3.Aktiviti ko kurikulum ditangguhkan ketika bulan puasa dan akan disambung semula selepas Hari Raya.


Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Menegur sikap murid yang kurang bersemangat ketika menyanyikan lagu-lagu wajib perhimpunan.
2. Penekanan aspek tanggungjawab kepada murid-murid yang telah dilantik sebagai pengawas dan ketua kelas. Mereka merupakan role model bagi murid-murid lain.
3. Menegur murid yang tidak membuang sampah di tempat yang betul. Disiplin dan peraturan sekolah hendaklah dipatuhi sentiasa.
4. Penekanan akademik dan motivasi kepada murid tahun enam.

Monday, July 2, 2012

Perhimpunan Minggu ke 24

Guru Bertugas: Puan Normala.
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Mengingatkan murid aspek disiplin ketika berada di sekolah.


Ucapan PK KOKO Pn. Faezah.
1. Ucapan penghargaan kepada warga SEBATI yang telah menjayakan Sukan Sekolah.
2. Memaklumkan Pelancaran Program Senamrobik 1 Malaysia pada hari Selasa 10.07.2012 selama setengah jam.
3. Aktiviti ko kurikulum (Persatuan).


Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Kata-kata aluan dan penghargaan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam sambutan Hari Sukan Tahunan terutama kepada guru-guru SEBATI.
2. Meminta semua murid peka terhadap peningkatan akademik terutama kepada murid-murid Tahun Enam.
3. Penerapan adab dan budaya belajar kepada murid-murid.
4. Kelas 1B memenangi anugerah khas Kelas Terbersih bagi minggu ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...