::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Monday, July 16, 2012

Perhimpunan Minggu 26

Guru Bertugas: Puan Nor Azlin Abd Rahim.
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Mengingatkan murid aspek disiplin semasa perhimpunan di sekolah.
3. Menegur sikap murid yang suka mengambil barangan bukan miliknya tanpa kebenaran.
4. Menegur murid yang melempar kasut dan menekankan aspek disiplin diri.
5. Meminta murid mematuhi peraturan ketika selepas waktu rehat terutama ketika berbaris masuk ke kelas.
6. Memaklumkan bahawa kantin sekolah akan ditutup pada bulan puasa dan kepada murid yang bukan Islam hendaklah menghormati murid Islam yang lain. Bekalan yang dibawa hendaklah dimakan di tempat yang sesuai dan selesa.


Ucapan PK KOKO Pn. Faezah.
1. Memaklumkan aktiviti ko kurikulum (Pertandingan Futsal) mengikut rumah sukan. Terbuka kepada semua murid. Setiap rumah sukan boleh menghantar seberapa ramai pasukan dengan kekuatan 7 orang sekumpulan.
2. Pertandingan akan dijalankan di gelanggang futsal bertempat di Kg Batu 3, Temoh.
3.Aktiviti ko kurikulum ditangguhkan ketika bulan puasa dan akan disambung semula selepas Hari Raya.


Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Menegur sikap murid yang kurang bersemangat ketika menyanyikan lagu-lagu wajib perhimpunan.
2. Penekanan aspek tanggungjawab kepada murid-murid yang telah dilantik sebagai pengawas dan ketua kelas. Mereka merupakan role model bagi murid-murid lain.
3. Menegur murid yang tidak membuang sampah di tempat yang betul. Disiplin dan peraturan sekolah hendaklah dipatuhi sentiasa.
4. Penekanan akademik dan motivasi kepada murid tahun enam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...