::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Thursday, September 27, 2012

Perkhemahan Perdana 2012

Pn Faezah selalu Penolong Kanan Ko Kurikulum menyampaikan maklumat berkaitan kepada murid-murid yang terlibat.

Perkhemahan Perdana 2012 akan dijalankan pada hari Khamis -Jumaat (27 sept - 28 sept 2012), melibatkan murid dari tahun 4-6.

Program akan bermula jam 3.30 petang Khamis dan berakhir pada jam 11.30 pagi Jumaat.

Selamat mengikuti Program Perdana kepada semua!

Monday, September 10, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 33

Ucapan Guru Bertugas Pn Siti Sofur
1. Teguran nyanyian lagu rasmi.
2. Peringatan minggu UPSR, meminta murid menjaga keharmonian sekolah dengan mematuhi peraturan sekolah dan peperiksaan. Adab perlu dijaga setiap masa.
3. Peringatan memberi salam kepada guru dan pelawat.

Ucapan PK Pentadbiran Pn Hajah Hatiyah.
1. Motivasi UPSR. Meminta murid lebih tenang, tidur awal dan berada dalam keadaan selesa ketika menjawab soalan.
2. Penerangan perjalanan sekolah semasa UPSR.

Ucapan Gurubesar Puan Rosnah Hj Buang.
1. Memaklumkan majlis menghalalkan ilmu bagi murid tahun enam pada jam 12:30 tengahari.
2. Menjelaskan waktu dan hari murid-murid yang terlibat dalam cuti.
-Selasa murid Tahun 3.
-Rabu murid Tahun 5.
-Khamis murid Tahun 4.
3. Meminta semua murid memberikan kerjasama ketika UPSR berlangsung.

Hal-hal lain.
1. PK1
-Memaklumkan prosedur menjawab soalan UPSR sekiranya ada murid sakit. (calon hospital)

2. PK HEM
-Majlis penutupan program anti dadah.
-Pembacaan Perutusan Minggu Anti Dadah.
-Majlis penyampaian hadiah Program Anti Dadah.

Monday, September 3, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 32

I. Bacaan doa
2. Nyanyian lagu Negaraku.
3. Nyanyian lagu Negeri Perak.
4. Nyanyian lagu Sekolah.
5. Nyanyian Lagu Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan.

Ucapan Guru Bertugas En Zaidi Osman
1. Memaklumkan minggu tugasan beliau.
2. Meminta murid meningkatkan tahap kebersihan ketika berada di sekolah. (penerapan nilai murni)
3. Motivasi murid tahun enam yang akan menghadapi UPSR.
4. Ko kurikulum minggu ini adalah bagi Unit Beruniform.

Ucapan Puan Gurubesar Pn Rosnah Hj Buang
1. Kata-kata aluan.
2. Menegaskan tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tindakan bersama kerana menjaga kebersihan adalah merupakan tuntutan dalam mana-mana agama dan kepercayaan.
3. Motivasi dan peringatan kepada semua murid dalam menghadapi peperiksaan terutama bagi murid-murid tahun enam yang bakal menghadapi UPSR. Bagi murid-murid yang telah mengikuti bengkel UPSR dapat berkongsi ilmu bersama murid lain.

*Bacaan doa penutup.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...