::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Friday, May 17, 2013


Sambutan Hari Guru 
Peringkat Sekolah 2013 SK Batu Tiga, Temoh

Selamat Hari Guru Diucapkan Kepada Semua Guru..









Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman...........

Tuesday, May 14, 2013

Mesyuarat PIBG 1/2013

Membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan kerjasama antara ibubapa dan pihak sekolah.

PKSR 1/2013

Dijalankan seperti mengikut jadual. Selamat menjawab soalan!

Monday, May 13, 2013

Mesyuarat Kurikulum 2/2013

Telah dijalankan di makmal komputer SEBATI secara analisis membincangkan pencapaian dan penambahbaikan akademik dan ko akademik.

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 19


Guru Bertugas : En Abu Bakar
- Memaklumkan minggu bertugas beliau.
- Memaklumkan tarikh PKSR 1 kepada murid-murid Tahap Dua.
- Penerapan nilai akhlak mulia sempena sambutan hari ibu dan sempena bulan Rejab.
- Memaklumkan sambutan hari guru pada hari khamis.

Ucapan PK KOKO Pn Aznini Zainal Abidin
-Memaklumkan penglibatan murid di dalam Karnival Bahasa Inggeris dan Karnival Bahasa Melayu.
-Memaklumkan bahawa aktiviti ko kurikulum dijalankan seperti biasa iaitu aktiviti persatuan.
- Mengingatkan murid mengenai sambutan hari guru.

Ucapan PK HEM Pn Faezah Megat Pauzan.
-Membuat teguran terhadap disiplin murid semasa berada di kawasan sekolah terutama semasa waktu rehat. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa waktu rehat dan tidak dibenarkan berlari atas faktor keselamatan.
-Menegaskan kawasan-kawasan terhad untuk laluan murid semasa keluar kelas terutama waktu keluar ke tandas.

Ucapan PK Pentadbiran Pn Nor Aziah M. Yunan.
-Motivasi murid yang bakal menduduki PKSR 1.
-Memaklumkan perjalanan PKSR 1 kepada murid-murid.

Ucapan Gurubesar Pn Habsah Bujang
-Menegur murid yang kurang bersedia semasa perhimpunan pagi.
-Memotivasikan murid-murid supaya berusaha untuk mengharumkan nama sekolah semasa menyertai mana-mana pertandingan yang disertai.
-Menekankan aspek kasih-sayang dalam kehidupan kepada semua guru dan murid sempena Sambutan Hari Ibu.

Hal-hal lain.
-Bacaan ikrar murid.
-Bacaan doa.

Monday, May 6, 2013

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 18

Guru Bertugas : Pn Normala
- Memaklumkan minggu bertugas beliau.
-Mengingatkan murid-murid melaksanakan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah disediakan.
-Membuat teguran kehadiran murid.

Ucapan Gurubesar Pn Habsah Bujang
-Menegur kehadiran murid yang kurang pada hari ini.
-Mengingatkan murid-murid supaya membawa air kosong yang baik untuk kesihatan. Sistem tubuh badan memerlukan air yang cukup setiap hari.
-Menegur murid yang keluar rehat tanpa berbaris.
-Menekankan aspek kasih-sayang dalam kehidupan.

Hal-hal lain.
-Bacaan ikrar murid.
-Bacaan doa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...