::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Friday, May 15, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU


Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SK Batu Tiga.Segala usaha yang dicurahkan kepada warga sekolah tidak dapat dibalas.Diharapkan agar semua guru di SK Batu 3 bersatu dan bekerja dengan gigih tanpa jemu-jemu bagi meningkatkan prestasi sekolah.Akhir kata "Sekolah Ku Periuk Nasiku".

Sejarah Sekolah 2

Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, pada tahun 1966 Pengarah Pelajaran Perak telah membenarkan sebuah sekolah cawangan dibuka kira-kira setengah kilometer dari sekolah induk. Menjelang tahun 1980 sebuah bangunan batu yang terdiri daripada 6 bilik darjah, sebuah pejabat , sebuah bilik guru dan kantin siap dibina dan digunakan hingga sekarang. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan tapak bangunan lama yang telah dirobohkan.

Menjelang tahun 1998 sebuah bangunan 3 bilik darjah yang didirikan di tapak bangunan lama. Bilik darjah digunakan untuk bilik guru ,Tahun 1, Bilik Kemahiran Hidup serta Bilik Pemulihan Khas. Pada tahun 1999 pejabat sekolah dinaiktaraf seperti sekarang.menjelang tahun 2002 sebuah Makmal Komputer dan 2 bilik darjah serta sebuah stor siap dibina. Menjelang tahun 2003,sekolah ini terlibat dengan perluasan Prasekolah. Bilik Tahun 4 diubahsuai menjadi kelas Prasekolah dengan menambah ruang dapur sepanjang 10 kaki.

Sejarah Sekolah 1

Sekolah Kebangsaan Batu Tiga Temoh telah diasaskan pada tahun 1946 dengan usaha sama penduduk kampung yang diketuai oleh Encik Hassan Bin Abd. Jalil. Pada mulanya sekolah ini hanya merupakan sebuah rumah kongsi para pekerja ladang getah yang disewa dari Banir Estate. Pengurus ladang itu adalah seorang berbangsa Inggeris yang bernama Encik Matthew.

Bangunan yang dibina daripada kayu itu dikenakan sewa sebanyak RM25.00 sebulan. Bayaran tersebut telah ditanggung oleh Jabatan Pelajaran Perak. Sekolah ini mempunyai perintis seramai 80 orang murid terdiri daripada anak tempatan dengan Encik Mat Zin Bin Ismail sebagai Guru Besar pertama.

Pada tahun 1951, Pengurus Banir Estate telah menjual ladangnya termasuk bangunan sekolah kepada saudagar cina yang bernama Foo Yeet Kai. Pada tahun 1952, beliau telah membuka lombong bijih timah bagi menggantikan ladang getah. Beliau telah menggunakan bangunan sekolah sebagai tempat tinggal pekerja dan sebagai ganti telah membina sebuah bangunan papan berukuran 45 X 25 kaki persegi dengan perbelanjaan sendiri. Pada masa tersebut sekolah ini mempunyai murid seramai 95 orang dan diketuai oleh Encik Abd. Ghani sebagai Guru Besar.

Misi

MISI SEKOLAH 2009

* BERHASRAT MELAKSANAKAN PENDIDIKAN BERTERASKAN ICT. DALAM P & P
UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK.

* PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN YANG CEKAP, BERKESAN,TELUS DAN BIJAKSANA


* AKADEMIK CEMERLANG BERASASKAN PENGURUSAN PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI BAGI MENCAPAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
AWAM YANG CEMERLANG.

* SAHSIAH YANG BERASASKAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN SYUMUL.

* PENINGKATAN SUKAN YANG BERASASKAN PENDEKATAN SAINTIFIK & INOVATIF.

* PRESTASI KOKURIKULUM YANG BERASASKAN PEMBINAAN
GENERASI BESTARI, JATI DIRI DAN INTERGRASI NASIONAL.

Visi Sekolah

VISI SEKOLAH 2009

BERHASRAT MENJADIKAN SK. BATU TIGA, TEMOH SEBAGAI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...