::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Thursday, April 26, 2012

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAPM MURID TAHUN 2-6 2012

Majlis penyerahan bantuan kwapm telah diadakan di kantin sekolah.
Ibubapa yang terlibat telah hadir memberikan kerjasama.
Penerangan oleh pihak pentadbir telah diberikan.

Monday, April 23, 2012

Perhimpunan rasmi minggu ke 16

Guru Bertugas: Ustazah Muslimah
-Makluman tentang perjalanan sekolah.
-Memperkenalkan guru yang menggantikan Ustazah Nik yang sedang bercuti.

Ucapan PK KoKurikulum
- Memaklumkan kepada murid tentang penglibatan seorang murid perempuan ke Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Negeri.
- 3 orang murid terpilih mengikuti latihan pusat bola baling peringkat daerah.
- Aktiviti kokurikulum adalah Unit Beruniform.
-Penyampaian sijil pertandingan bolasepak kelompok 1.

Ucapan Gurubesar Puan Rosnah
-Peringatan kepada murid-murid supaya jangan membuang masa terutama ketika waktu perhimpunan.
-Menegur murid-murid kerana tidak menyanyikan lagu-lagu rasmi perhimpunan dengan sepenuh hati dan menghormatinya.
-Penerapan nilai murni budaya memberi salam dan berterimakasih kepada murid-murid.
-Mengalu-alukan kehadiran guru ganti Cik Nor Azwa dari Bidor.

Wednesday, April 18, 2012

Program Motivasi Pengawas/ Pengawas Pusat Sumber / Ketua Kelas dan Penolong. 2012

Program Motivasi tersebut telah dijalankan pada l8.O4.2012 di dewan serbaguna SEBATI.

Penceramah yang dijemput merupakan seorang guru yang cukup berpengalaman di bidang kaunseling. Beliau adalah Encik Ahmad Azam Bin Abdullah, yang merupakan Guru Bimbingan Kaunseling di SK Sg. Lesong.

Murid-murid yang terlibat telah dimotivasikan semaksimum mungkin melalui pendedahan kekuatan dan kelemahan diri. Kepelbagaian teknik penyampaian telah berjaya menarik minat murid.

Respon dari murid juga positif dan Pro-Aktif. Masa berlalu tanpa disedari oleh mereka atas keasyikkan menghayati segala yang dikongsi oleh penceramah.

Program motivasi yang bermula jam 2.30 petang berakhir pada jam 5.00 petang itu diharapkan dapat memantapkan semangat murid serta menjadikan mereka lebih sedar bahawa peranan yang dijalankan disekolah bukan setakat menyarungkan pakaian seragam yang berbeza.

Monday, April 16, 2012

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 14

Guru Bertugas: Ustazah Siti Sofur
-Memaklumkan hari bertugas beliau.
-Meminta murid menitikberatkan penjagaan kesihatan.
-Penekanan terhadap pengucapan salam ketika berada di kawasan sekolah dan dijadikan sebagai satu budaya.
-Memaklumkan perjumpaan ko-kurikulum adalah persatuan manakala pengawas dan ketua kelas/penolong akan terlibat dengan program motivasi.

Ucapan PK HEM Pn. Sarina Metuhu
-Penekanan aspek kebersihan diri dan kawasan sekolah.
-Mengingatkan murid berdisiplin ketika waktu rehat dengan tidak berjalan ketika makan.
-Bagi murid yang berbasikal, mereka diingatkan supaya memastikan sistem keselamatan dititikberatkan serta menyusun basikal mereka dengan tertib.

Ucapan PK KoKurikulum Pn. Faezah
-Penyampaian sijil penghargaan kepada murid yang menyertai Program yang dianjurkan diperingkat Daerah dan Kelompok.

Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Hj Buang
-Ucapan tahniah kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.
-Penekanan terhadap pentingnya mempunyai sijil terutama kepada murid tahun 6.
-Penekanan sahsiah unggul kepada murid-murid. Memberi salam merupakan salah satu cabang budaya sahsiah yang unggul.
- Mengingatkan murid tentang keberkatan ilmu yang sukar diperolehi sekiranya tidak menghormati guru.
- Memaklumkan bahawa Ujian Pertengahan Tahun akan diadakan pada 21-24 May 2012 dan meminta semua murid membuat persediaan awal.

Wednesday, April 11, 2012

Pemantauan Nazir


Lawatan pemantauan oleh:
1.Tuan Abdul Nasir B Abd Aziz (Nazir Kanan, Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti)
2.Tuan Jamal Anwar Rahim (Nazir Sekolah JNJK,KPM)
Tujuan lawatan adalah bagi memastikan pihak sekolah memantapkan segala urusan berkaitan akademik dan perkembangan sahsiah murid.
Beberapa orang guru telah terpilih untuk dipantau.Tahniah kepada mereka.

Monday, April 9, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu l4



Guru Bertugas: En. Zaidi Osman
-Meminta murid mematuhi peraturan sekolah.
-Jangan berlari tanpa arahan.
-Mengingatkan murid tidak berada di dalam kantin ketika waktu rehat.
-Meminta murid berhati-hati ketika masuk ke kawasan sekolah.
-Penggunaan tandas bijak.
-Penggunaan Masa Bijak diterangkan oleh En. Zaidi.

Ucapan PK KoKurikulum
-Memaklumkan 2 orang murid perempuan Pengakap berjaya memperolehi Sijil Tertinggi Pengakap Kanak-Kanak.
-Tahniah kepada Pergerakan Puteri Islam atas penyertaan Program Perkhemahan di SK Bidor2.
-Aktiviti KO kurikulum ditunda pada minggu hadapan.
-Penyampaian Sijil Olahraga Peringkat Daerah Batang Padang.

Ucapan PK Pentadbiran
- Motivasi peningkatan akademik kepada murid-murid..

Ucapan Pn. Gurubesar
-Meminta murid tidak menggunakan peralatan permainan Pra Sekolah.
-Penekanan aspek kebersihan kelas.
-Penerapan Budaya Penyayang.
-Program Mentor Mentee.

Tuesday, April 3, 2012

UJIAN SARINGAN LINUS LITERASI

Bagi Tahun 3 telah berjalan lancar pada hari Isnin 02.04.2012. Terima kasih kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama.

Monday, April 2, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 13

Guru Bertugas : Puan Norani Adenan
-Meminta murid yang menunggang basikal supaya menyorong basikal ketika masuk ke kawasan sekolah.
-Menanamkan sifat memberi salam Kepada guru dan pelawat.
-Mengingatkan murid tentang pemakaian pas keluar kelas.
-Penekanan disiplin diri murid.

Ucapan Penolong Kanan KoKurikulum
- Aktiviti KoKurikulum : Unit Beruniform.


Ucapan Puan Guru Besar
-Memaklumkan pelaksanaan Program Guru Penyayang di sekolah. Penglibatan semua guru dan komuniti sekolah.
-Memaklumkan ujian saringan Tahun Tiga akan dijalankan dan meminta murid memberikan kerjasama.
-Penyampaian hadiah galakan murid tahun enam yang lulus Ujian Rasmi 1.

Hal-hal lain
-2 orang guru iaitu Encik Zaidi dan Encik Nadmin telah dipilih sebagai Jurulatih Pasukan Bola Sepak Peringkat Kelompok 1 Daerah Batang Padang di SK Chenderiang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...