::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Monday, April 16, 2012

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 14

Guru Bertugas: Ustazah Siti Sofur
-Memaklumkan hari bertugas beliau.
-Meminta murid menitikberatkan penjagaan kesihatan.
-Penekanan terhadap pengucapan salam ketika berada di kawasan sekolah dan dijadikan sebagai satu budaya.
-Memaklumkan perjumpaan ko-kurikulum adalah persatuan manakala pengawas dan ketua kelas/penolong akan terlibat dengan program motivasi.

Ucapan PK HEM Pn. Sarina Metuhu
-Penekanan aspek kebersihan diri dan kawasan sekolah.
-Mengingatkan murid berdisiplin ketika waktu rehat dengan tidak berjalan ketika makan.
-Bagi murid yang berbasikal, mereka diingatkan supaya memastikan sistem keselamatan dititikberatkan serta menyusun basikal mereka dengan tertib.

Ucapan PK KoKurikulum Pn. Faezah
-Penyampaian sijil penghargaan kepada murid yang menyertai Program yang dianjurkan diperingkat Daerah dan Kelompok.

Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Hj Buang
-Ucapan tahniah kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.
-Penekanan terhadap pentingnya mempunyai sijil terutama kepada murid tahun 6.
-Penekanan sahsiah unggul kepada murid-murid. Memberi salam merupakan salah satu cabang budaya sahsiah yang unggul.
- Mengingatkan murid tentang keberkatan ilmu yang sukar diperolehi sekiranya tidak menghormati guru.
- Memaklumkan bahawa Ujian Pertengahan Tahun akan diadakan pada 21-24 May 2012 dan meminta semua murid membuat persediaan awal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...