::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Sunday, March 13, 2011

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG SEBATI JUARA LAGI!!!


KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG
Originally uploaded by Kulop Ludin

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG

seperti umum ketahui, team bolasepak sebati telah turut sama memeriahkan kejohanan bolasepak u12 kelompok satu pada hari jumaat dan sabtu yang lalu....

permulaan mendebarkan dan diiringi hujan yang tak pernah jemu membasahi bumi pada hari pertama pertandingan... ternyata hujan yang turun merupakan hujan rahmat yang memberkati team bolasepak kita yang pada mulanya agak gementar apabila berhadapan dengan team2 lain yang sangat hebat serta berkemahiran tinggi. kita berjaya melepasi halangan pertama pada hari jumaat....

Tiba hari sabtunya, entah macammana keadaan cuaca yang sejuk dan hari tersebut merupakan hari pertama kita bercuti maka sir dah terlepas zon masa untuk menghantar beberapa kesatria sebati seawal awal pagi...rupa2nya itu juga merupakan tanda2 bahawa team sebati bakal digeruni beberapa minit kemudian...(terimakasih kepada sir nadmin atas inisiatif menyelesaikan masalah tersebut)

Sepak mula dimulai jam 8.45am dan bermula pada masa itu..dapat dirasakan setiap aspek kejurulatihan diuji oleh pihak lawan. pangkah silang, kecederaan minima terkawal serta serangan-serangan yang hebat bermula terus tanpa bertangguh lagi dan ini menyebabkan sir tak berapa berani duduk area2 belakang penjaga gol sebab takut dirembat sama....

serangan-serangan team sebati kalau dapat dilihat secara rohaniah maka  kita akan terpandang setip kali rembatan tepat ke area2 gol pihak lawan, kita akan nampak seolah-olah berapi2... seumpama menonton filem shaolin soccer.... dan disebabkan berapi2 tu maka banyak kali sasaran tersasar dari menjadi gol!! dan ini bermakna penjaga gol pihak lawan banyak kali urut dada tanda bersyukur.... bagus, kerana team sebati tidak terlalu tamak dan masih ada unsur P&P walaupun dalam pertandingan...(pernah berlaku masa bola baling dulu)

Bertemu dengan SK AIR KUNING (Juara Bertahan) semasa perlawanan akhir umpama menyaksikan pratonton Hikayat Merong Mahawangsa... penuh efek dan debaran.. team sebati telah berusaha bersungguh-sungguh...memaksa pihak lawan tidak selesa hingga membawa ke sepakan penalti bagi mencari juara sebenar pada hari sabtu yang menggetarkan perasaan..

Akhir selepas 2 sepakan penalti dari pemain SK AIR KUNING tidak menuju ke sasaran berkemungkinan disebabkan aura penjaga gol sebati yang kelihatan berapi-api maka SEBATI telah dinobatkan sebagai JUARA KELOMPOK 1...

7 orang pemain sebati telah terpilih untuk sessi pemilihan dan latihan berpusat bermula Sabtu 19/3/2011 di padang sekolah kita selaku juara kali ini... saksikan mereka bersama-sama beberapa pemain dari sekolah lain yang turut sama memeriahkan sukan bolasepak kelompok 1.

TAHNIAH KEPADA SEMUA INDIVIDU-INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN PEMAIN2 DISEGANI PIHAK LAWAN!!.

KEJOHANAN BOLASEPAK KELOMPOK 1 BATANG PADANG

*buah epal sebelum perlawanan akhir mungkin rahsia pasukan sebati...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...