::Carian::

INFO TERKINI

UJIAN RASMI 1 AKAN DIADAKAN PADA 14 MEI hingga 22 MEI, 2013, HARAP MAKLUM SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013

Monday, October 1, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 36

Ucapan Guru Bertugas:
Puan Sazimah Hamid

1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Meminta murid mematuhi peraturan sekolah.
3. Penerapan nilai murni dan berakhlak mulia.

Ucapan Penolong Kanan Ko Kurikulum Pn Faezah.

1.Ucapan tahniah kepada para peserta perkhemahan perdana 2012.
2. Ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua guru dan murid.
3. Aktiviti Ko Kurikulum disambung semula pada sessi 2013 dan meminta murid mengisi masa dengan membuat ulangkaji bagi menghadapi musim peperiksaan.

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran Pn Hajah Hatiyah.

1.Memaklumkan tarikh peperiksaan kepada murid-murid.
2. Mengingatkan murid kepentingan pencapaian akademik.
3. Penerangan aktiviti murid tahun enam (Program Selepas Tahun Enam).
a) Jenis aktiviti.
b) Pembahagian Kumpulan.
4. Memaklumkan murid tahun enam tawaran Sekolah Berasrama Penuh dan mereka yang berminat boleh membuat permohonan.
5. Memaklumkan penghantaran borang permohonan mesti melalui pihak sekolah.

Thursday, September 27, 2012

Perkhemahan Perdana 2012

Pn Faezah selalu Penolong Kanan Ko Kurikulum menyampaikan maklumat berkaitan kepada murid-murid yang terlibat.

Perkhemahan Perdana 2012 akan dijalankan pada hari Khamis -Jumaat (27 sept - 28 sept 2012), melibatkan murid dari tahun 4-6.

Program akan bermula jam 3.30 petang Khamis dan berakhir pada jam 11.30 pagi Jumaat.

Selamat mengikuti Program Perdana kepada semua!

Monday, September 10, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 33

Ucapan Guru Bertugas Pn Siti Sofur
1. Teguran nyanyian lagu rasmi.
2. Peringatan minggu UPSR, meminta murid menjaga keharmonian sekolah dengan mematuhi peraturan sekolah dan peperiksaan. Adab perlu dijaga setiap masa.
3. Peringatan memberi salam kepada guru dan pelawat.

Ucapan PK Pentadbiran Pn Hajah Hatiyah.
1. Motivasi UPSR. Meminta murid lebih tenang, tidur awal dan berada dalam keadaan selesa ketika menjawab soalan.
2. Penerangan perjalanan sekolah semasa UPSR.

Ucapan Gurubesar Puan Rosnah Hj Buang.
1. Memaklumkan majlis menghalalkan ilmu bagi murid tahun enam pada jam 12:30 tengahari.
2. Menjelaskan waktu dan hari murid-murid yang terlibat dalam cuti.
-Selasa murid Tahun 3.
-Rabu murid Tahun 5.
-Khamis murid Tahun 4.
3. Meminta semua murid memberikan kerjasama ketika UPSR berlangsung.

Hal-hal lain.
1. PK1
-Memaklumkan prosedur menjawab soalan UPSR sekiranya ada murid sakit. (calon hospital)

2. PK HEM
-Majlis penutupan program anti dadah.
-Pembacaan Perutusan Minggu Anti Dadah.
-Majlis penyampaian hadiah Program Anti Dadah.

Monday, September 3, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 32

I. Bacaan doa
2. Nyanyian lagu Negaraku.
3. Nyanyian lagu Negeri Perak.
4. Nyanyian lagu Sekolah.
5. Nyanyian Lagu Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan.

Ucapan Guru Bertugas En Zaidi Osman
1. Memaklumkan minggu tugasan beliau.
2. Meminta murid meningkatkan tahap kebersihan ketika berada di sekolah. (penerapan nilai murni)
3. Motivasi murid tahun enam yang akan menghadapi UPSR.
4. Ko kurikulum minggu ini adalah bagi Unit Beruniform.

Ucapan Puan Gurubesar Pn Rosnah Hj Buang
1. Kata-kata aluan.
2. Menegaskan tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tindakan bersama kerana menjaga kebersihan adalah merupakan tuntutan dalam mana-mana agama dan kepercayaan.
3. Motivasi dan peringatan kepada semua murid dalam menghadapi peperiksaan terutama bagi murid-murid tahun enam yang bakal menghadapi UPSR. Bagi murid-murid yang telah mengikuti bengkel UPSR dapat berkongsi ilmu bersama murid lain.

*Bacaan doa penutup.




Monday, August 27, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 31


Guru Bertugas: Puan Norani
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Mengalukan-alukan kehadiran murid selepas cuti penggal persekolahan.
3. Menegaskan persediaan 100% murid tahun enam dalam menghadapi UPSR.
4. Mengingatkan murid supaya mengamalkan sikap berjimat cermat terutama ketika keluar kelas dengan memastikan lampu dan kipas dipadam.
5. Program kemerdekaan akan dijalankan pada hari Rabu 29.08.2012

Ucapan Penolong Kanan HEM Puan Salina
1. Memaklumkan murid-murid RMT 42 orang yang bukan beragama Islam bahawa tiada bekalan RMT bagi mereka melainkan murid-murid beragama Islam kerana telah cukup 130 hari bekalan RMT untuk mereka.
2. Pemberian vitamin adalah seperti biasa.


Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Memaklumkan bahawa murid-murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR supaya lebih komited dalam menghadapi peperiksaan tersebut yang tinggal hanya 9 hari setelah ditolak cuti.
2. Memaklumkan terdapat pelbagai program seperti Sambutan Hari Raya bakal diadakan namun begitu fokus sebenar dalam pendidikan tidak dipinggirkan.
3. Murid tidak dibenarkan ponteng tanpa sebab kerana ianya akan merugikan diri sendiri.
4. Promosi hari kemerdekaan.


Hal-hal lain.

1. En Abu Bakar menaklumkan bahawa Jalur Gemilang boleh didapati di kedai buku sekolah.
2. Penekanan puasa 6 kepada murid-murid.
3. Penerangan sambutan hari raya oleh En Megat Azini.

Monday, August 13, 2012

Perhimpunan Rasmi Minggu 30


Guru Bertugas: Puan Norasiah
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Meminta murid supaya lebih peka terhadap kebersihan kelas.
3. Menegaskan kesan dan akibat bermain mercun kepada murid-murid.

Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Menegur nyanyian lagu oleh murid-murid yang kurang bersemangat dan meminta mereka supaya menanamkan semangat patriotik terhadap negara sempena bulan kemerdekaan.
2. Penekanan aspek keselamatan kepada murid-murid ketika bermain mercun.
3. Memperkenalkan guru pelatih kepada murid-murid iaitu Encik Ashraf yang merupakan bekas murid beliau.
4. Memaklumkan bahawa murid-murid tahun enam akan menduduki peperiksaan pra-upsr.
5. Memaklumkan cuti berganti pada hari Jumaat.
6. Penyampaian hadiah galakan kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan pra upsr.

Hal-hal lain.

1. Nyanyian lagu jalur gemilang.

Monday, July 30, 2012

Perhimpunan Minggu 29

Guru Bertugas: Puan Norliza.
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Meminta murid supaya lebih peka terhadap faktor keselamatan ketika berada di sekolah.
3. Menerangkan faktor dan akibat sekiranya murid-murid tidak menjaga keselamatan.

Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Menegur sikap pembaziran air oleh murid ketika menggunakan air.
2. Menegaskan bahawa kawasan di menara pencawang sekolah adalah merupakan kawasan larangan atas faktor keselamatan.
3. Meminta murid menjaga adab ketika menunaikan solat/terawih di surau.
4. Mengingatkan murid supaya tidak bermain mercun.
5. Memaklumkan bahawa murid-murid tahun enam akan menduduki peperiksaan pra-upsr.

Hal-hal lain.

Ucapan Pn Siti Sofur
1. Meminta murid berada di kantin setiap kali waktu rehat.
2. Memaklumkan bahawa kutipan derma aidilfitri akan dijalankan.

Monday, July 16, 2012

Perhimpunan Minggu 26

Guru Bertugas: Puan Nor Azlin Abd Rahim.
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Mengingatkan murid aspek disiplin semasa perhimpunan di sekolah.
3. Menegur sikap murid yang suka mengambil barangan bukan miliknya tanpa kebenaran.
4. Menegur murid yang melempar kasut dan menekankan aspek disiplin diri.
5. Meminta murid mematuhi peraturan ketika selepas waktu rehat terutama ketika berbaris masuk ke kelas.
6. Memaklumkan bahawa kantin sekolah akan ditutup pada bulan puasa dan kepada murid yang bukan Islam hendaklah menghormati murid Islam yang lain. Bekalan yang dibawa hendaklah dimakan di tempat yang sesuai dan selesa.


Ucapan PK KOKO Pn. Faezah.
1. Memaklumkan aktiviti ko kurikulum (Pertandingan Futsal) mengikut rumah sukan. Terbuka kepada semua murid. Setiap rumah sukan boleh menghantar seberapa ramai pasukan dengan kekuatan 7 orang sekumpulan.
2. Pertandingan akan dijalankan di gelanggang futsal bertempat di Kg Batu 3, Temoh.
3.Aktiviti ko kurikulum ditangguhkan ketika bulan puasa dan akan disambung semula selepas Hari Raya.


Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Menegur sikap murid yang kurang bersemangat ketika menyanyikan lagu-lagu wajib perhimpunan.
2. Penekanan aspek tanggungjawab kepada murid-murid yang telah dilantik sebagai pengawas dan ketua kelas. Mereka merupakan role model bagi murid-murid lain.
3. Menegur murid yang tidak membuang sampah di tempat yang betul. Disiplin dan peraturan sekolah hendaklah dipatuhi sentiasa.
4. Penekanan akademik dan motivasi kepada murid tahun enam.

Monday, July 2, 2012

Perhimpunan Minggu ke 24

Guru Bertugas: Puan Normala.
1. Memaklumkan minggu bertugas beliau.
2. Mengingatkan murid aspek disiplin ketika berada di sekolah.


Ucapan PK KOKO Pn. Faezah.
1. Ucapan penghargaan kepada warga SEBATI yang telah menjayakan Sukan Sekolah.
2. Memaklumkan Pelancaran Program Senamrobik 1 Malaysia pada hari Selasa 10.07.2012 selama setengah jam.
3. Aktiviti ko kurikulum (Persatuan).


Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang.
1. Kata-kata aluan dan penghargaan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam sambutan Hari Sukan Tahunan terutama kepada guru-guru SEBATI.
2. Meminta semua murid peka terhadap peningkatan akademik terutama kepada murid-murid Tahun Enam.
3. Penerapan adab dan budaya belajar kepada murid-murid.
4. Kelas 1B memenangi anugerah khas Kelas Terbersih bagi minggu ini.


Monday, June 25, 2012

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 22

Guru Bertugas: Puan Hasviza Batir Ali
-memaklumkan minggu bertugas beliau.
-penekanan terhadap aspek disiplin murid ketika melakukan aktiviti di sekolah.

Ucapan PK HEM Puan Salina
-penekanan terhadap tanggungjawab ketua kelas/penolong.
-penerangan fail kawalan kelas.

Monday, June 18, 2012

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 21





Guru Bertugas: En Megat Azini
- Mengingatkan murid supaya mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.
-Meminta murid mempraktikkan ucapan memberi salam.
-Meminta murid mengurus masa secara bijak terutama waktu di dalam kelas dan ke tandas.



Ucapan Pk Koko Pn Faezah
-Memaklumkan Sukan Tahunan kali ke 46 akan diadakan pada 28 hb Jun 2012.
-Mengingatkan murid tentang kehadiran adalah wajib.


Ucapan Puan Gurubesar Pn Rosnah
-Penekanan terhadap budaya belajar dan menghormati individu di sekolah.
-Penekanan aspek keselamatan ketika waktu hadir dan pulang memandangkan di kawasan pintu masuk sekolah terdapat kerja-kerja pembangunan.
-Penyampaian hadiah motivasi kepada murid-murid tahun enam yang berjaya mendapat 5A bagi pelunjuran PKSR 1.
-Motivasi murid dan pemberian hadiah galakan.

Monday, June 11, 2012

Lawatan Muhibbah Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang Tuan Haji Wazir bin Mustafa

Sebati mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Wazir Bin Mustafa ke sekolah kami.

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Guru Bertugas: En Affandi Mohd Daud
-Ucapan selamat datang kepada murid-murid.
-Memaklumkan pencapaian murid yang kurang memuaskan bagi murid-murid terutama bagi tahun enam.
-Motivasi murid.

Ucapan Pk Koko Pn Faezah
-Memaklumkan aktiviti ko kurikulum berjalan seperti biasa (Persatuan).
-Memaklumkan kejohanan sukan akan diadakan pada 28.06.2012.
-Ucapan tahniah kepada adik Muhammad Arif Asyrani yang telah mewakili negeri Perak dalam kejohanan bola baling peringkat kebangsaan.
-Pasukan dari Negeri Perak telah mendapat tempat ke dua di dalam kejohanan tersebut.

Ucapan Pk Hem Pn Sarina Metuhu
-Mengingatkan murid tentang pembayaran wang sumbangan PIBG.
-Memaklumkan ketiadaan beliau dalam minggu ini diganti oleh Pn Sazimah bagi urusan RMT dan pemberian pil vitamin.

Ucapan Puan Gurubesar Pn. Rosnah Haji Buang
- Ucapan selamat datang kepada semua guru dan murid-murid.
-Menegur dan memotivasi murid-murid dalam menghadapi Ujian Akademik terutama bagi murid-murid Tahun Enam.
-Meminta murid-murid lebih bersedia menghadapi ujian-ujian tersebut.
-Penerapan aspek kebersihan kelas.
-Penerapan budaya belajar kepada murid-murid.

Thursday, April 26, 2012

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAPM MURID TAHUN 2-6 2012

Majlis penyerahan bantuan kwapm telah diadakan di kantin sekolah.
Ibubapa yang terlibat telah hadir memberikan kerjasama.
Penerangan oleh pihak pentadbir telah diberikan.

Monday, April 23, 2012

Perhimpunan rasmi minggu ke 16

Guru Bertugas: Ustazah Muslimah
-Makluman tentang perjalanan sekolah.
-Memperkenalkan guru yang menggantikan Ustazah Nik yang sedang bercuti.

Ucapan PK KoKurikulum
- Memaklumkan kepada murid tentang penglibatan seorang murid perempuan ke Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Negeri.
- 3 orang murid terpilih mengikuti latihan pusat bola baling peringkat daerah.
- Aktiviti kokurikulum adalah Unit Beruniform.
-Penyampaian sijil pertandingan bolasepak kelompok 1.

Ucapan Gurubesar Puan Rosnah
-Peringatan kepada murid-murid supaya jangan membuang masa terutama ketika waktu perhimpunan.
-Menegur murid-murid kerana tidak menyanyikan lagu-lagu rasmi perhimpunan dengan sepenuh hati dan menghormatinya.
-Penerapan nilai murni budaya memberi salam dan berterimakasih kepada murid-murid.
-Mengalu-alukan kehadiran guru ganti Cik Nor Azwa dari Bidor.

Wednesday, April 18, 2012

Program Motivasi Pengawas/ Pengawas Pusat Sumber / Ketua Kelas dan Penolong. 2012

Program Motivasi tersebut telah dijalankan pada l8.O4.2012 di dewan serbaguna SEBATI.

Penceramah yang dijemput merupakan seorang guru yang cukup berpengalaman di bidang kaunseling. Beliau adalah Encik Ahmad Azam Bin Abdullah, yang merupakan Guru Bimbingan Kaunseling di SK Sg. Lesong.

Murid-murid yang terlibat telah dimotivasikan semaksimum mungkin melalui pendedahan kekuatan dan kelemahan diri. Kepelbagaian teknik penyampaian telah berjaya menarik minat murid.

Respon dari murid juga positif dan Pro-Aktif. Masa berlalu tanpa disedari oleh mereka atas keasyikkan menghayati segala yang dikongsi oleh penceramah.

Program motivasi yang bermula jam 2.30 petang berakhir pada jam 5.00 petang itu diharapkan dapat memantapkan semangat murid serta menjadikan mereka lebih sedar bahawa peranan yang dijalankan disekolah bukan setakat menyarungkan pakaian seragam yang berbeza.

Monday, April 16, 2012

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 14

Guru Bertugas: Ustazah Siti Sofur
-Memaklumkan hari bertugas beliau.
-Meminta murid menitikberatkan penjagaan kesihatan.
-Penekanan terhadap pengucapan salam ketika berada di kawasan sekolah dan dijadikan sebagai satu budaya.
-Memaklumkan perjumpaan ko-kurikulum adalah persatuan manakala pengawas dan ketua kelas/penolong akan terlibat dengan program motivasi.

Ucapan PK HEM Pn. Sarina Metuhu
-Penekanan aspek kebersihan diri dan kawasan sekolah.
-Mengingatkan murid berdisiplin ketika waktu rehat dengan tidak berjalan ketika makan.
-Bagi murid yang berbasikal, mereka diingatkan supaya memastikan sistem keselamatan dititikberatkan serta menyusun basikal mereka dengan tertib.

Ucapan PK KoKurikulum Pn. Faezah
-Penyampaian sijil penghargaan kepada murid yang menyertai Program yang dianjurkan diperingkat Daerah dan Kelompok.

Ucapan Gurubesar Pn. Rosnah Hj Buang
-Ucapan tahniah kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.
-Penekanan terhadap pentingnya mempunyai sijil terutama kepada murid tahun 6.
-Penekanan sahsiah unggul kepada murid-murid. Memberi salam merupakan salah satu cabang budaya sahsiah yang unggul.
- Mengingatkan murid tentang keberkatan ilmu yang sukar diperolehi sekiranya tidak menghormati guru.
- Memaklumkan bahawa Ujian Pertengahan Tahun akan diadakan pada 21-24 May 2012 dan meminta semua murid membuat persediaan awal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...

Datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan...