Hari ini 3 orang guru Bahasa Inggeris telah terpilih untuk mengikuti bengkel yang diadakan di STTS bertujuan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru yang mengajar subjek ini.
Bengkel yang bermula jam 2.30 petang berakhir jam 5 merupakan siri pertama diantara beberapa belas siri yang akan menyusul nanti. Kelihatan suasana semasa bengkel berlangsung sangat menceriakan. Semua kelihatan berminat dengan teknik-teknik yang akan didedahkan kelak dan berharapkan ianya dapat diaplikasikan di dalam kelas nanti.
Siri pemantauan rasmi oleh Dr Barbara akan bermula selepas cuti sekolah ini. Guru-guru yang terlibat akan dipantau secara terperinci dan khusus oleh beliau. Saat sebegini memang dinantikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris yang sentiasa dahagakan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pemilik asal bahasa itu sendiri.
Syabas kerana SEBATI tidak ketinggalan dalam aspek-aspek sebegini.
No comments:
Post a Comment